Sejarah

Welcome to our hello-yakin10 Pendidikan Moral page.

Pages

Wednesday, July 14, 2010

Nilai: Kesabaran

Contohilah bapa di atas..

Nilai:Kasih sayang

Kesedaran terhadap alam sekitar

Belajar untuk kitar semula.
Ikutilah kempen 'Earth Hour'.



Tuesday, July 13, 2010

Kerajinan


Nilai: Kerajinan
Definisi: Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

*kata-kata kunci


Contohnya...
Ali rajin mengulang kaji pelajaran demi mencapai cita citanya untuk menjadi seorang doktor.

Mengekalkan tradisi kekeluargaan




Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Definisi: Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

* kata-kata kunci

Contohnya...
Setiap kaum merayakan perayaan kaum sendiri pada setiap tahun seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Natal dan sebagainya.

Upin dan Ipin - Kisah dan Tauladan

Pengajaran daripada cerita ini ialah
>janganlah bermain dengan barang yang berbahaya seperti mercun.
>menasihati kawan ke arah yang benar.
>mentaati suruhan dan ajaran agama.

Berdikari


Nilai: Berdikari
Definisi: Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

* kata-kata kunci

Contohnya...
Pelajar asrama berdikari untuk menguruskan kehidupan seharian di asrama seperti mencuci pakaian, mengemaskan katil, seterika pakaian dan sebagainya.







Cerita Teladan - Si Tanggang













Si Tanggang merupakan seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya. Pada suatu hari, Si Tanggang telah ditangkap Nakhoda kapal dan dipaksa untuk melakukan kerja-kerja di atas kapal. Kerajinan Si Tanggang melakukan kerja-kerja kapal telah menambat hati nakhoda kapal lalu melantiknya menjadi nakhoda yang baru. Si Tanggang juga telah dikahwinkan dengan anak nakhoda yang cantik. Pada suatu hari, awan menjadi gelap menandakan ribut taufan akan melanda. Nakhoda Tanggang pun menghalakan kapalnya memasuki muara sungai di kampung ibu bapanya. Ibu dan bapanya terdengar khabar bahawa anak mereka telah kembali lalu berjumpa dengannya. Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku kedua orang tua itu sebagai ibu bapanya kerana kelihatan begitu daif. Ibunya berasa sangat pilu dengan sikap angkuh Si Tanggang itu, lalu berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang dan ombak yang kuat memecahkan kapal itu. Akhirnya, Nakhoda Tanggang, isterinya serta semua anak kapalnya berubah menjadi batu.

Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita ini ialah kita mestilah sentiasa mengenang jasa kedua ibu bapa kita dan tidak mengkhianati kepercayaan mereka.